SEJARAH

Sejarah Pada asalnya Sekolah Kebangsaan Kawang ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Berahim yang didirikan dalam tahun 1930. Sekolah ini terletak kira-kira ½ km dari Kampung Kawang dan 25 kilometer dari pecan Papar. Ianya didirikan di dalam kawasan ladang getah. Sekolah ini mempunyai kawasan seluas dua ekar dan di kawasan tersebutlah didirikan sebuah bangunan sekolah dan sebuat rumah guru. Bilangan murid pada masa itu lebih kurang 30 orang sahaja. Guru Besar pertama ditugaskan di sekolah ini ialah En. Othman Sidik dan dibantu oleh En. Majusin. Dalam tahun 1945, perang dunia kedua tamat tetapi sekolah tidak dapat dibuka semula memandangkan keadaan bangunan yang rosak teruk. Dalam tahun 1947 sekolah ini telah mendapat tapak baru untuk pembinaan bangunan sekolah yang baru. Tapak tersebut adalah tapak yang ada sehingga ke hari ini. Pada tahun 1948 bangunan baru telah dibina. Sekolah Rendah Berahim telah ditukarkan namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Kawang hinggalah ke hari ini.

No comments:

Post a Comment